Friday 6 October 2017

Kesabaran Kunci Utama


Aku sangat suka akan kanak-kanak. Selepas menduduki peperiksaan SPM, rakanku mencadangkan aku untuk bekerja di sebuah taska di Kemaman yang diberi nama Taska Rania. Tanpa berfikir dua kali, aku terus menghubungi pemilik taska tersebut dan menyatakan hasratku untuk berkerja di sana. Aku bernasib baik kerana taska tersebut memang memerlukan pekerja dan pada esok harinya, aku dipanggil temu duga. Pada mulanya, aku sangat gementar untuk menghadiri temu duga tersebut. Alhamduliallah, pemilik taska tersebut, Kak Ida sangat baik hati dan aku diterima bekerja.


Aku ditempatkan di bilik yang diduduki oleh kanak-kanak yang berumur antara 1-2 tahun. Pada mulanya, aku akui sangat sukar untuk bekerja di sana kerana harus mengahafal nama kanak-kanak, harus ingat pakaian yang dipakai oleh mereka dan jika pakaian mereka tertukar, sudah semestinya ibu bapa akan mengadu kepada majikanku. Bukan itu sahaja, ada juga kanak-kanak yang suka menggigit. Hal ini sangat menguji kesabaran kami, para pekerja kerana selalu dimarahi oleh ibu bapa apabila anak mereka digigit. Tetapi, aku sangat seronok bekerja di sana kerana dapat menimba pengalaman dalam menjaga kanak-kanak dan dapat mengenal para pekerja yang baik.

Selepas dua bulan, aku diarahkan untuk bertukar ke bilik yang ditempatkan dengan kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun. Aku berasa seronok kerana dapat mengajar kanak-kanak ini membaca, melakukan aktiviti bersama-sama dan semakin hari aku semakin sayang untuk meninggalkan taska ini. Pertalianku dengan pekerja-pekerja di taska juga sangat rapat seperti ikatan kekeluargaan. Tetapi, aku harus melanjutkan pelajaran juga untuk masa depanku. Aku mendapat tawaran untuk belajar di Kolej Matrikulasi Pahang.

Pada hari terakhir sebelum aku berhenti kerja, aku meluangkan sepenuh masaku dengan anak-anak taska. Aku mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan kenangan.










Banyak perkara yang telah aku pelajari daripada pekerja-pekerja lama di Taska Rania dalam menguruskan budak-budak. Kesabaran adalah kunci utama dalam pekerjaan ini. Taska ini telah mendapat pengiktirafan sebagai taska yang terbaik di daerah Kemaman. Aku berharap agar Taska Rania terus maju.

No comments:

Post a Comment

Kesabaran Kunci Utama

Aku sangat suka akan kanak-kanak. Selepas menduduki peperiksaan SPM, rakanku mencadangkan aku untuk bekerja di sebuah taska di Kemaman ya...