Wednesday 4 October 2017

Puding Aiskrim Oreo


Assalamualaikum. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda semua cara untuk membuat puding oreo. Pasti ramai yang menggemari biskut oreo kan? Selain daripada membuat aiskrim menggunakan biskut oreo, kita juga boleh membuat puding menggunakan biskut oreo.


Masa:
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 20

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  • 2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
  • 1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
  • Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
  • sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)


















Cara Penyediaan:
  1. Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering.
  3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  5. Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang
  6. Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap
Selamat mencuba!


2 comments:

Kesabaran Kunci Utama

Aku sangat suka akan kanak-kanak. Selepas menduduki peperiksaan SPM, rakanku mencadangkan aku untuk bekerja di sebuah taska di Kemaman ya...