Sunday 1 October 2017

Resepi Cheesekut

Apa itu cheesekut?
- Cheesekut ialah gabungan antara cheese dan biskut. 


Cara untuk menyediakan cheesekut ini mudah sahaja kerana tidak memerlukan microwave. 

Bahan2 :

- Cream cheese 250 gram 
- ¾ tin susu pekat yang saiz kecil (@secukup rasa-manis)
- Biskut cream cracker 
- Susu kotak kecil 250 mL 

Cara-cara membuat cheesekut :

1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang.
2. Seterusnya, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut).
3. Celup biskut ke dalam susu kotak (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang.
4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. . Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut dan cream cheese . Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut.
5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit.
6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut.
Senang kan? Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Kesabaran Kunci Utama

Aku sangat suka akan kanak-kanak. Selepas menduduki peperiksaan SPM, rakanku mencadangkan aku untuk bekerja di sebuah taska di Kemaman ya...