Thursday 28 September 2017

Maksud Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam yang senantiasa memberi banyak kenikmatan. Selawat serta salam kita tujukan pada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang sangat kita harapkan syafaatnya di hari akhir nanti.
Surat Al Fatihah termasuk dalam surat makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Mekah. Surah Al Fatihah merupakan surah pertama dalam Al Quran atau disebut sebagai surah pembuka. Surat Al fatihah terdiri daripada 7 ayat.
Hafalan terhadap surat Al Fatihah merupakan kewajipan setiap orang yang mengerjakan ibadah solat, baik ketika solat sendiri, sebagai makmum ataupun sebagai Imam, kita mesti tahu dan faham akan Surah Al Fatihah. Jika tidak membaca surah Al Fatihah, maka solatnya tidak sah.
Maksud surah Al Fatihah
1.    Al-Fatihah Ayat 1
Latin : Bismillah Hirrahman Nirrahim
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2.   Al-Fatihah Ayat 2
Latin : alhamdu lillaahi rabbil aalamiina
Ertinya : Segala puji {2} bagi Allah, Tuhan semesta alam. {3}
3.  Al-Fatihah Ayat 3
Latin : arrahmaanirrahiim
Ertinya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4.  Al-Fatihah Ayat 4
latin : maaliki yawmiddiin
Ertinya : Yang menguasai {4} di Hari Pembalasan {5}
5.  Al-Fatihah Ayat 5
latin : iyyaaka na’budu wa-iyyaaka nasta’iin
Ertinya : Hanya Engkaulah yang kami sembah {6}, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. {7}
6.  Al-Fatihah Ayat 6
Latin : ihdinaash shiraathaal mustaqiim
Ertinya : Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus,
7.  Al-Fatihah Ayat 7
Latin : shiraathalladziina an’amta ‘alayhim ghayril maghdhuubi ‘alayhim walaadhdhaalliin
Ertinya : (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. {9}


No comments:

Post a Comment

Kesabaran Kunci Utama

Aku sangat suka akan kanak-kanak. Selepas menduduki peperiksaan SPM, rakanku mencadangkan aku untuk bekerja di sebuah taska di Kemaman ya...