Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara untuk memasak masakan yang 'femes' di Terengganu iaitu singgang ikan.
Bahan2
1/2 ekor ikan aye yang dipotong2 (bahagian kepala paling sedap disinggang)
5 ~ 6 hirisan kunyit hidup
3 hirisan lengkuas
3 ~ 4 keping asam gelugur (tengok saiz kalau besar letak 3.. kalau guna asam kandis yg lebar tu letak 2 je atau boleh tambah kemudian sekiranya kurang masam)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 ~ 5 ulas bawang putih ~ dibelah 2
5 ~ 6 biji cili padi atau 2 biji cili hijau
10 biji bendi
garam & perasa secukupnya
1.5 liter air
Cara menyediakan
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan kunyit, lengkuas, bawang putih, kunyit serbuk & ikan. Masak sehingga mendidih. Tambahkan asam keping.
2. Masukkan cili padi/cili hijau serta bendi, garam & serbuk perasa.
3. Pastikan cukup masin & masamnya. Bila bendi dah empuk bolehlah matikan api.
Inilah hasilnya :
Kebiasaannya orang Pantai Timur makan singgang ikan dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman. Masakan ini tidak menggunakan minyak sedikit pun dan mudah untuk disediakan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment